Pencarian Laman


WWW YOUR DOMAIN NAME
Selamat Datang ke Laman Blog MBFJS, Ahli Gabungan Yang Mempunyai Laman Web Sila Berikan Maklumat Protal Pada Web Master MBFJS,Setiap Persatuan Belia Digalakkan Mempunyai Laman Web/Blog Sendiri Bagi Memudahkan Pemantauan Aktiviti,Usahawan Yang Berminat Untuk Mengiklankan Produk IKS Juga Boleh Berdaftar Di Blog Ini Dengan Kos Serendah RM1.oo/Hari...Terima Kasih.
Universiti MalayaUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia SabahUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Teknologi MARAUniversiti Sains Islam MalaysiaUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Malaysia PahangUniversiti Darul ImanUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia

NOTIS

Mesyuarat Khas MBFJS :

Agenda Mesyuarat : Mesyuarat Khas MBFJS Untuk ABFM08 dan Pendaftaran Baru ROY.

Tarikh : 18hb Julai 2008

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kota Tinggi

Masa : 3.00 Petang

Hari : Jumaat

Jemputan : Semua Exco MBFJS Diwajibkan hadir

Notis Perjumpaan Exco MBFJS Bersama RGM

CATATAN PERJUMPAAN AJK MBFJS BERSAMA
PENGURUS BESAR WILAYAH (FELDA) JOHOR BAHRU

Tarikh : 19 Mei 2007 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang – 5.15 petang
Tempat : Wisma JKKK FELDA Semenchu, Kota Tinggi, Johor.

Kehadiran :

Tn. Sheikh Abdul Hadi Sheikh Omar RGM
Muszaide Makmor Pengerusi
Marozan Hj. Ahmad T/Pengerusi
Manndzri Hj. Nasib SU/Kehormat
Zabidie Abas Bendahari
Hafizan Hj. Hassan AJK
Mohd. Ali Mohd. Noh AJK
Zaini Hj. Ismail AJK
Norazman Alimi AJK

Tidak hadir :

Abdul Razak AJK
Amran Hanafi AJK

1. Pandangan RGM;
a. RGM melihat kepimpinan baru MBFJS boleh memperbaik dan mengemaskini sistem pentadbiran. Beliau menekankan aspek pentadbiran kewangan yang melibatkan penyediaan penyata kewangan, laporan program dan adjustment daripada kepimpinan MBFJS sidang lalu.
b. Beliau juga tidak mahu saling salah menyalah, sebaliknya terus sahaja kepada langkah memperbaiki kelemahan.
c. RGM juga menyentuh tentang;
i. Status Pejabat MBFJS di Kota Tinggi.
ii. Status tapak bekas kilang di Tunggal milik MBFJS.
iii. Laporan AGM / penyata kewangan.
iv. Penanda tangan buku cheque.
v. Pengupayan semula persatuan di peringkat ahli gabungan.
vi. Kepentingan MBFJS dan persatuan lebih penting daripada isu-isu peribadi.
vii. Masalah operasi koperasi di tanah-tanah rancangan FELDA yang boleh dilihat oleh MBFJS.
viii. MBFJS perlu bijak mencari sumber kewangan lain selain bergantung kepada Gabungan.
d. MBFJS diharap dapat membantu FELDA dalam mempromosi kadet ladang kepada para belia FELDA bagi menangani isu lambakan buruh asing. Dijangkakan pada tahun 2020, buruh asing (majoriti Bangladesh) dalam sektor perladangan di FELDA ialah 10,500 orang.

2. Jaminan RGM;
a. Sebuah bilik kecil khas untuk MBFJS di Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru di Jalan Tarukka Off Jalan Datin Halimah, Johor Bahru.
b. MBFJS boleh mendapatkan peruntukan minimum RM 5,000.00 daripada Gabungan setahun.
i. Gabungan memiliki Deposit Tetap (FD) RM 800 ribu yang menyumbang dividen bernilai RM 80 ribu setiap tahun.

c. Peruntukan lain boleh disalurkan berdasarkan permohonan masa ke semasa bergantung kepada kertas kerja tertentu.
d. Kelulusan segera pinjaman SIUF kepada persatuan / ahli persatuan yang terlibat dengan Anugerah Belia Negara (Persatuan Belia FELDA Bukit Besar & Simpang Waha)


3. Program FELDA bersama MBFJS;
a. Pada tahun hadapan, penganjuran Sukan Komuniti FELDA (Peneroka) akan dibuat secara bersama dengan MBFJS.
b. Tahun 2007;
i. Untuk mencari satu pasukan yang akan mewakili FELDA ke Kejohanan Futsal Liga FAM, FELDA akan menganjurkan pertandingan Futsal antara wilayah-wilayah di FELDA Wilayah Mempaga pada 30 Jun 2007.
§ Untuk itu, MBFJS diminta menganjurkan Liga Futsal Wilayah Johor Bahru yang dikehendaki melibatkan 16 pasukan (lelaki) dan 8 pasukan (perempuan) daripada seluruh 4 Zon dalam Wilayah Johor Bahru.
§ Undang-undang dan peraturan (rujuk salianan FAM kepada FELDA)
§ Tempat : Gelanggang FELDA Semenchu (lelaki)
Gelanggang FELDA Tunggal (perempuan)
§ Tarikh : 15 – 25 Jun 2007.
§ Nama satu pasukan lelaki & perempuan mesti diserah sebelum 30 Jun 2007 untuk ke pertandingan di Mempaga.
§ Bajet : RM 10 – 15 ribu. (FELDA)

ii. Sambutan Bulan Kemerdekaan
§ Mestilah menekankan aspek kerohanian, pameran, kemasyarakatan, hiburan dan patriotisme.
§ MBFJS diminta sediakan kertas kerja.
§ Perlu dianjurkan dalam bulan Ogos.
4. Perkara-perkara lain yang disentuh;
a. Kadet ladang.
b. Kontraktor buruh perladangan – rujukan; Sdr. Hafizan Hj. Hassan.
c. Sambutan Hari Peneroka pada 6, 7 & 8 Julai 2007 di PICC, Putrajaya.
d. Pinjaman SIUF Sdr. Tuah Jaafar : RM 540 ribu (Fasa 1 : RM 370 ribu & Fasa 2 : RM 170 ribu)
e. Tilawah al-Quran FELDA peringkat kebangsaan di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur.
f. Persatuan Belia FELDA Bukit Besar & FELDA Simpang Waha perlu bersedia dengan kehadiran pelawat dari luar. Hal ini kerana kemenangan yang diperolehi perlu dikekalkan dan dikongsi bersama persatuan lain.
g. Projek ekonomi belia perlu digiatkan terutama bagi persatuan yang terlibat dengan Anugerah Belia Negara (ABN).

5. Harapan RGM;
a. Kerjasama erat antara MBFJS sidang ini dengan Gabungan & FELDA Wilayah perlu dipertingkat.
b. Penglibatan para pegawai FELDA di peringkat rancangan & wilayah adalah amat digalakkan.
c. Perbincangan & mesyuarat adalah kaedah membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian.
d. Jika perlu, libatkan secara langsung, Penyelaras Belia FELDA di rancangan-rancangan dalam persatuan belia sebagai AJK.

6. Pegawai peringkat Wilayah yang terlibat secara langsung dengan MBFJS;
a. Pn. Sharifah (Pegawai Pembangunan Peneroka) 012 – 2133 585
b. Ustaz Abdullah 019 – 7609 054

Senarai Exco MBFJS

Bil.

Jawatan

Nama

No. Telefon

Alamat

1.

Pengerusi

Muszaide Makmor

019 – 784 4152

1042, FELDA Lok Heng Barat,

81900 Kota Tinggi, Johor.

2.

Timbalan

Pengerusi

Marozan Hj. Ahmad

013 – 778 1276

B-30, FELDA Bukit Ramun,

81450 Kulai, Johor.

3.

Setiausaha Kehormat

Manndzri Hj. Nasib

019 – 771 0418

288, Jalan Nuri, FELDA Pengeli Timur,

81000 Kulai, Johor.

4.

Bendahari

Zabidie Abas

019 – 765 4699

20-A, Jalan Pelangi, FELDA Bukit Besar,

81450 Kulai, Johor.

5.

Penolong

Setiausaha

Ishak Hj. Ismail

013 – 770 0282

019 – 782 0282

No. 17, Jalan Kedondong 2,

Taman Kota Jaya 2, 81900 Kota Tinggi, Johor.

6.

AJK

Abdul Razak Hj. Abu Bakar

019 – 7811 010

No. 333, Blok 15, FELDA Kledang,

81900 Kota Tinggi, Johor.

7.

AJK

Amran Hj. Ismail

012 – 744 1401

07 – 895 3904

No. 38, FELDA Air Tawar Satu,

81900 Kota Tinggi, Johor.

8.

AJK

Hafizan Hj. Hassan

012 – 743 0231

290, FELDA Bukit Aping Barat,

81900 Kota Tinggi, Johor.

9.

AJK

Fuziah Selong

019 – 796 7641

B-66, FELDA Bukit Besar,

81450 Kulai, Johor.

10.

AJK

Mohd. Ali Mohd. Noh

019 – 704 3705

07 – 794 5414

88, FELDA Endau,

86900 Endau, Johor,

11.

AJK

Zani @ Zaini Hj. Ismail

013 – 777 0733

192 B, Blok 8, FELDA Simpang Waha,

81907 Kota Tinggi, Johor.

12.

AJK

Nor Azman Alimi

019 – 742 2515

17, Jalan Binjai 4,Taman Kota Jaya,

81900 Kota Tinggi, Johor.

13.

AJK

Nurul Hafizah Hj. Ismail

019 – 799 0079

120, FELDA Air Tawar 3,

81900 Kota Tinggi, Johor.

14.

AJK

Mohd. Nazir Hashim

019 – 246 1155

1155, Blok 7, FELDA Tunggal,

81900 Kota Tinggi, Johor.

15.

AJK

Mohd. Sharil Buang

019 – 782 2414

229, Blok 9, Jalan Meranti,

FELDA Tenggaroh 1, 86810 Mersing.

16.

Pemeriksa

Kira-kira

En. Mohd Nizam Mohd Ajis

012 – 778 8653

016 - 7112529

No. 1, Pusat Perdagangan,

FELDA Air Tawar 2,

81920 Kota Tinggi.

17.

Pemeriksa

Kira-kira

En. Noorsham Abu Bakar

019 – 779 8482

453 C, FELDA Aping Timur,

81900 Kota Tinggi.

18.

Pemegang

Amanah

Pegawai Daerah Kota Tinggi.

19.

Pemegang

Amanah

Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi.


Thursday, July 3, 2008

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA (ABFM) 2007

Tanggal 10 Disember 2007, hari Isnin yang lalu, merupakan detik yang begitu hebat, menguja dan memberangsangkan bagi kami para belia daripada 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara. Majlis perasmian penutupan Konvensyen dan Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2007 di PICC, Putrajaya bertemakan ’Mengangkasa Minda Meneroka Era Baru’ yang disempurnakan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri kita, bukanlah omong kosong, tetapi sarat dengan agenda bertindak, harapan jelas dan dorongan berarah yang tuntas. Biar saya sebutkan satu persatu:

1. Bermula dari 9 Disember 2007 (Ahad), kami para pemimpin belia FELDA yang berjumlah lebih 1200 orang (Jumlah ini sebenarnya mewakili 583,000 orang generasi ke dua FELDA yang berusia antara 15 hingga 40 tahun) telah diberi input ilmu tentang; Pemerkasaan Tamadun Bangsa Yang Bermaruah oleh Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan. Kertas kerja ini menghala pemikiran kami kepada tanggungjawab dan cabaran yang perlu dihadapi, selain memberitahu betapa kemantapan akliah dan rohaniah hendaklah selalu digandingkan, dalam membuat keputusan untuk masa depan masyarakat kami (FELDA) dan negara.

2. Selepas itu, perihal kepentingan pendidikan dalam membangun bangsa berjaya, ditekankan kepada kami dengan kertas pembentangan bertajuk; Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP): Strategi Ke Arah Melahirkan Generasi Belia Berkualiti, dibentang dan disampaikan sendiri oleh orang yang bertanggungjawab tentang pendidikan negara iaitu YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.


3. Kemudian, YB. Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia & Sukan kita, menyampaikan pula peranan kerajaan dalam pembangunan belia di negara kita dengan menyentuh aspek-aspek khusus belia di tanah rancangan FELDA semasa membentangkan kertas kerjanya.

4. Sebelum menutup tirai 9 Disember 2007, ABFM 2007 membentuk forum perbincangan untuk membentuk resolusi yang akan diserah kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri. Platform ini melibatkan 80 orang pemimpin terpilih dari 11 FELDA Wilayah seluruh Malaysia, yang mewakili Majlis Belia FELDA Wilayah masing-masing dan diketuai oleh sekretariat Majlis Belia FELDA Malaysia. Ruang perbincangan diguna sebaik mungkin untuk mencari makna kepada ketamadunan bangsa, kepentingan pendidikan, perjuangan belia dan pembangunan ekonomi masyarakat belia di FELDA.

5. 10 Disember 2007 (Isnin) sebelum majlis perasmian penutupan, kami disuakan secara rasmi kepada idola agung masyarakat kita kini, Dr. Syeikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara.

6. Kemuncak bagi ABFM 2007 ini sudah semestinya pengiktirafan kerajaan kepada para aktivis, pemimpin, individu dan persatuan belia FELDA yang telah mencurah bakti dan kesukarelaan dalam membangun dan meningkatkan martabat belia dan masyarakat FELDA di tanah-tanah rancangan. Program yang direstu oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri kita sebagai acara tahunan ini, saya yakin akan merangsang kesungguhan dan semangat belia FELDA untuk terus menggerak belia FELDA Malaysia.

7. Dalam detik ini juga, memorandum yang telah ditandatangani oleh 2800 orang peserta dan tamu jemputan ABFM 2007, yang mengutuk demonstrasi jalanan (sebagaimana yang telah dibuat oleh NGO seperti HINDRAF, BERSIH, Majlis Peguam dan lainnya) dan menyokong kesatuan serta membela keamanan negara diserah oleh Pengerusi Bersama ABFM 2007, Tn. Hj. Ahmad Hj. Maslan yang juga Pengarah Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri.

8. Akhirnya, dalam ucapan yang penuh semangat dan sarat harapan, YAB. Timbalan Perdana Menteri kita membuat pengumuman khas berkaitan belia FELDA. Pengumuman yang menggaris hala tuju dan mengarah agenda bertindak ini, melibatkan peruntukan berjumlah melebihi RM 70 juta. Hal ini termasuklah bantuan bernilai RM 1,000.00 kepada setiap 317 persatuan belia FELDA seluruh negara bermula tahun 2008 untuk pengurusan dan pentadbiran.

Itulah serba ringkas perkara yang telah kami, para pemimpin belia FELDA lalui dalam dua (2) hari pengisian padat Konvensyen dan Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2007. Pengisian padat ini jelas menunjukkan kesungguhan pemimpin kita dan kerajaan untuk melihat; di mana dan ke manakah belia FELDA untuk tempoh-tempoh mendatang.

Rasanya, usaha sebegini tidak akan mampu digerakkan oleh golongan yang hanya ingin meraih kepentingan politik semasa, menangguk di air keruh dan membawa huru hara semata ke kawasan tanah rancangan FELDA kita. Mereka hanya hadir sekarang, ketika ibu bapa kami telah senang. Mereka tidak datang 20 tahun lalu, ketika ibu bapa kami berhempas pulas dengan hanya pendapatan RM 2.70 sebulan. Kita warga belia dan generasi baru FELDA Malaysia celik dan tidak buta tentang ini.

ABFM 2007 adalah yang kedua kalinya dibuat oleh kerajaan secara istiqomah dan serius. Pada pendapat saya, tiada ruang umpan politik yang mahu diraih atau populariti sebahagian pihak yang ingin didapatkan. Yang jelas, ABFM 2007 adalah usaha murni, ikhlas dan kewajaran yang perlu dilaksanakan, dalam iklim dan cabaran belia, terutamanya belia FELDA pada masa ini.

Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga,
Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.

Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.

Sebagai sebahagian dari peserta Konvensyan & Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2007, rasanya jika mampu, ingin saya mewakili seluruh warga belia FELDA seluruh negara, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kerajaan di bawah keprihatinan YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri kita, selaku menteri yang bertanggungjawab tentang FELDA, yang sentiasa memberi tumpuan kepada kami. Kami tidak tahu bagaimana ingin membalas semua ini melainkan tetap utuh, yakin dan terus bersama kerajaan dan FELDA. Input yang diberi dan agenda bertindak yang telah digariskan akan kami cuba patuhi. Harapan dan iltizam kerajaan akan tetap kami sanjung dan dokongi. Semoga maksud dan makna disebalik tema ’Mengangkasa Minda Meneroka Era Baru’ dapat kami fahami dan manfaati. Terima kasih kerana menghargai kami.

Oleh :
MANNDZRI BIN HJ. NASIB (800803 – 01 – 5579)
Setiausaha Kehormat,
Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Selatan (MBFJS).
No. Tel : 019 7710418
E-mail : manndzri@yahoo.com

1 comment:

Anonymous said...

waah... org pengeli timur jadi setausaha kehormat... hidup pengeli timur.. kenapa takde ajk perempuan...?? boleh join ker this society....?? ker org tertentu jer...