Pencarian Laman


WWW YOUR DOMAIN NAME
Selamat Datang ke Laman Blog MBFJS, Ahli Gabungan Yang Mempunyai Laman Web Sila Berikan Maklumat Protal Pada Web Master MBFJS,Setiap Persatuan Belia Digalakkan Mempunyai Laman Web/Blog Sendiri Bagi Memudahkan Pemantauan Aktiviti,Usahawan Yang Berminat Untuk Mengiklankan Produk IKS Juga Boleh Berdaftar Di Blog Ini Dengan Kos Serendah RM1.oo/Hari...Terima Kasih.
Universiti MalayaUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti Islam AntarabangsaUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia SabahUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Teknologi MARAUniversiti Sains Islam MalaysiaUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Malaysia PahangUniversiti Darul ImanUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia

NOTIS

Mesyuarat Khas MBFJS :

Agenda Mesyuarat : Mesyuarat Khas MBFJS Untuk ABFM08 dan Pendaftaran Baru ROY.

Tarikh : 18hb Julai 2008

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kota Tinggi

Masa : 3.00 Petang

Hari : Jumaat

Jemputan : Semua Exco MBFJS Diwajibkan hadir

Notis Perjumpaan Exco MBFJS Bersama RGM

CATATAN PERJUMPAAN AJK MBFJS BERSAMA
PENGURUS BESAR WILAYAH (FELDA) JOHOR BAHRU

Tarikh : 19 Mei 2007 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang – 5.15 petang
Tempat : Wisma JKKK FELDA Semenchu, Kota Tinggi, Johor.

Kehadiran :

Tn. Sheikh Abdul Hadi Sheikh Omar RGM
Muszaide Makmor Pengerusi
Marozan Hj. Ahmad T/Pengerusi
Manndzri Hj. Nasib SU/Kehormat
Zabidie Abas Bendahari
Hafizan Hj. Hassan AJK
Mohd. Ali Mohd. Noh AJK
Zaini Hj. Ismail AJK
Norazman Alimi AJK

Tidak hadir :

Abdul Razak AJK
Amran Hanafi AJK

1. Pandangan RGM;
a. RGM melihat kepimpinan baru MBFJS boleh memperbaik dan mengemaskini sistem pentadbiran. Beliau menekankan aspek pentadbiran kewangan yang melibatkan penyediaan penyata kewangan, laporan program dan adjustment daripada kepimpinan MBFJS sidang lalu.
b. Beliau juga tidak mahu saling salah menyalah, sebaliknya terus sahaja kepada langkah memperbaiki kelemahan.
c. RGM juga menyentuh tentang;
i. Status Pejabat MBFJS di Kota Tinggi.
ii. Status tapak bekas kilang di Tunggal milik MBFJS.
iii. Laporan AGM / penyata kewangan.
iv. Penanda tangan buku cheque.
v. Pengupayan semula persatuan di peringkat ahli gabungan.
vi. Kepentingan MBFJS dan persatuan lebih penting daripada isu-isu peribadi.
vii. Masalah operasi koperasi di tanah-tanah rancangan FELDA yang boleh dilihat oleh MBFJS.
viii. MBFJS perlu bijak mencari sumber kewangan lain selain bergantung kepada Gabungan.
d. MBFJS diharap dapat membantu FELDA dalam mempromosi kadet ladang kepada para belia FELDA bagi menangani isu lambakan buruh asing. Dijangkakan pada tahun 2020, buruh asing (majoriti Bangladesh) dalam sektor perladangan di FELDA ialah 10,500 orang.

2. Jaminan RGM;
a. Sebuah bilik kecil khas untuk MBFJS di Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru di Jalan Tarukka Off Jalan Datin Halimah, Johor Bahru.
b. MBFJS boleh mendapatkan peruntukan minimum RM 5,000.00 daripada Gabungan setahun.
i. Gabungan memiliki Deposit Tetap (FD) RM 800 ribu yang menyumbang dividen bernilai RM 80 ribu setiap tahun.

c. Peruntukan lain boleh disalurkan berdasarkan permohonan masa ke semasa bergantung kepada kertas kerja tertentu.
d. Kelulusan segera pinjaman SIUF kepada persatuan / ahli persatuan yang terlibat dengan Anugerah Belia Negara (Persatuan Belia FELDA Bukit Besar & Simpang Waha)


3. Program FELDA bersama MBFJS;
a. Pada tahun hadapan, penganjuran Sukan Komuniti FELDA (Peneroka) akan dibuat secara bersama dengan MBFJS.
b. Tahun 2007;
i. Untuk mencari satu pasukan yang akan mewakili FELDA ke Kejohanan Futsal Liga FAM, FELDA akan menganjurkan pertandingan Futsal antara wilayah-wilayah di FELDA Wilayah Mempaga pada 30 Jun 2007.
§ Untuk itu, MBFJS diminta menganjurkan Liga Futsal Wilayah Johor Bahru yang dikehendaki melibatkan 16 pasukan (lelaki) dan 8 pasukan (perempuan) daripada seluruh 4 Zon dalam Wilayah Johor Bahru.
§ Undang-undang dan peraturan (rujuk salianan FAM kepada FELDA)
§ Tempat : Gelanggang FELDA Semenchu (lelaki)
Gelanggang FELDA Tunggal (perempuan)
§ Tarikh : 15 – 25 Jun 2007.
§ Nama satu pasukan lelaki & perempuan mesti diserah sebelum 30 Jun 2007 untuk ke pertandingan di Mempaga.
§ Bajet : RM 10 – 15 ribu. (FELDA)

ii. Sambutan Bulan Kemerdekaan
§ Mestilah menekankan aspek kerohanian, pameran, kemasyarakatan, hiburan dan patriotisme.
§ MBFJS diminta sediakan kertas kerja.
§ Perlu dianjurkan dalam bulan Ogos.
4. Perkara-perkara lain yang disentuh;
a. Kadet ladang.
b. Kontraktor buruh perladangan – rujukan; Sdr. Hafizan Hj. Hassan.
c. Sambutan Hari Peneroka pada 6, 7 & 8 Julai 2007 di PICC, Putrajaya.
d. Pinjaman SIUF Sdr. Tuah Jaafar : RM 540 ribu (Fasa 1 : RM 370 ribu & Fasa 2 : RM 170 ribu)
e. Tilawah al-Quran FELDA peringkat kebangsaan di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur.
f. Persatuan Belia FELDA Bukit Besar & FELDA Simpang Waha perlu bersedia dengan kehadiran pelawat dari luar. Hal ini kerana kemenangan yang diperolehi perlu dikekalkan dan dikongsi bersama persatuan lain.
g. Projek ekonomi belia perlu digiatkan terutama bagi persatuan yang terlibat dengan Anugerah Belia Negara (ABN).

5. Harapan RGM;
a. Kerjasama erat antara MBFJS sidang ini dengan Gabungan & FELDA Wilayah perlu dipertingkat.
b. Penglibatan para pegawai FELDA di peringkat rancangan & wilayah adalah amat digalakkan.
c. Perbincangan & mesyuarat adalah kaedah membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian.
d. Jika perlu, libatkan secara langsung, Penyelaras Belia FELDA di rancangan-rancangan dalam persatuan belia sebagai AJK.

6. Pegawai peringkat Wilayah yang terlibat secara langsung dengan MBFJS;
a. Pn. Sharifah (Pegawai Pembangunan Peneroka) 012 – 2133 585
b. Ustaz Abdullah 019 – 7609 054

Senarai Exco MBFJS

Bil.

Jawatan

Nama

No. Telefon

Alamat

1.

Pengerusi

Muszaide Makmor

019 – 784 4152

1042, FELDA Lok Heng Barat,

81900 Kota Tinggi, Johor.

2.

Timbalan

Pengerusi

Marozan Hj. Ahmad

013 – 778 1276

B-30, FELDA Bukit Ramun,

81450 Kulai, Johor.

3.

Setiausaha Kehormat

Manndzri Hj. Nasib

019 – 771 0418

288, Jalan Nuri, FELDA Pengeli Timur,

81000 Kulai, Johor.

4.

Bendahari

Zabidie Abas

019 – 765 4699

20-A, Jalan Pelangi, FELDA Bukit Besar,

81450 Kulai, Johor.

5.

Penolong

Setiausaha

Ishak Hj. Ismail

013 – 770 0282

019 – 782 0282

No. 17, Jalan Kedondong 2,

Taman Kota Jaya 2, 81900 Kota Tinggi, Johor.

6.

AJK

Abdul Razak Hj. Abu Bakar

019 – 7811 010

No. 333, Blok 15, FELDA Kledang,

81900 Kota Tinggi, Johor.

7.

AJK

Amran Hj. Ismail

012 – 744 1401

07 – 895 3904

No. 38, FELDA Air Tawar Satu,

81900 Kota Tinggi, Johor.

8.

AJK

Hafizan Hj. Hassan

012 – 743 0231

290, FELDA Bukit Aping Barat,

81900 Kota Tinggi, Johor.

9.

AJK

Fuziah Selong

019 – 796 7641

B-66, FELDA Bukit Besar,

81450 Kulai, Johor.

10.

AJK

Mohd. Ali Mohd. Noh

019 – 704 3705

07 – 794 5414

88, FELDA Endau,

86900 Endau, Johor,

11.

AJK

Zani @ Zaini Hj. Ismail

013 – 777 0733

192 B, Blok 8, FELDA Simpang Waha,

81907 Kota Tinggi, Johor.

12.

AJK

Nor Azman Alimi

019 – 742 2515

17, Jalan Binjai 4,Taman Kota Jaya,

81900 Kota Tinggi, Johor.

13.

AJK

Nurul Hafizah Hj. Ismail

019 – 799 0079

120, FELDA Air Tawar 3,

81900 Kota Tinggi, Johor.

14.

AJK

Mohd. Nazir Hashim

019 – 246 1155

1155, Blok 7, FELDA Tunggal,

81900 Kota Tinggi, Johor.

15.

AJK

Mohd. Sharil Buang

019 – 782 2414

229, Blok 9, Jalan Meranti,

FELDA Tenggaroh 1, 86810 Mersing.

16.

Pemeriksa

Kira-kira

En. Mohd Nizam Mohd Ajis

012 – 778 8653

016 - 7112529

No. 1, Pusat Perdagangan,

FELDA Air Tawar 2,

81920 Kota Tinggi.

17.

Pemeriksa

Kira-kira

En. Noorsham Abu Bakar

019 – 779 8482

453 C, FELDA Aping Timur,

81900 Kota Tinggi.

18.

Pemegang

Amanah

Pegawai Daerah Kota Tinggi.

19.

Pemegang

Amanah

Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi.


Thursday, July 3, 2008

Laporan AGM

LAPORAN

MESYUARAT AGONG
MAJLIS BELIA FELDA JOHOR SELATAN (MBFJS)
TAHUN 2007


Mesyuarat Agong Luar Biasa; Semakan & Pindaan Perlembagaan

Mesyuarat Agong Pemilihan sidang 2007 / 2008

ATURCARA MESYUARAT AGONG
MAJLIS BELIA FELDA JOHOR SELATAN (MBFJS)
TAHUN 2007

08.00 pagi - Kehadiran Dif-dif Jemputan & Pendaftaran Perwakilan

08.30 pagi - Bacaan Doa
Oleh : En. Baharudin bin Wahab

08.35 pagi - Mesyuarat Agong Luar Biasa
“SEMAKAN & PINDAAN PERLEMBAGAAN”

Pembentangan semakan & pindaan perlembagaan
Oleh : En. Marozan bin Hj. Ahmad

09.30 pagi - Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Oleh : En. Shahbudin bin Hj. Dahlan

10.00 pagi - Ucapan Perasmian
Oleh : En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim

10.30 pagi - Jamuan (minum pagi)

11.10 pagi - MESYUARAT AGONG DIMULAKAN
Ucapan Dasar Pengerusi MBFJS
Pembentangan & Pengesahan Penyata Tahun 2004-2005
Pembentangan & Pengesahan Laporan Akitiviti 2004/05/06
Pembentangan & Pengesahan Laporan Kewangan 2005-2006
Pembubaran AJK Sesi yang lalu
Pelantikan Pengerusi Sementara
Pelantikan Setiausaha Sementara (Pencatit Minit)
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Sesi 2007-2008

I. Seorang Pengerusi
II. Seorang Naib Pengerusi
III. Seorang Setiausaha Kehormat
IV. Seorang Penolong Setiausaha Kehormat
V. Seorang Bendahari Kehormat
VI. Tujuh orang Ahli Jawatankuasa
VII. Dua orang Pemeriksa Kira-Kira

Pembentangan Usul & Cadangan (Jika Ada)

Ucapan Penangguhan

Jamuan Tengahari / bersurai


MINIT MESYUARAT AGONG LUAR BIASA

Tarikh : 05 Mei 2007
Masa : 08.35 pagi
Tempat : Dewan EPA Training Centre, Kota Tinggi, Johor.

Turut Hadir :

1. Tn. Hj. Sulaiman Bin Dawam
Penyelaras Seranta (FELDA) – Jabatan Perdana Menteri
Negeri Johor

2. En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim
Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi.

Kehadiran Ahli Gabungan :

1. 32 / 42 buah persatuan (Ahli Gabungan)

2. 135 orang perwakilan

Ketidak Hadiran Ahli Gabungan :

10 buah persatuan (Ahli Gabungan)

1.1. Persatuan Belia FELDA Bukit Ramun
1.2. Persatuan Belia FELDA Bukit Batu
1.3. Persatuan Belia FELDA Bukit Permai
1.4. Persatuan Belia FELDA Tenggaroh 03
1.5. Persatuan Belia FELDA Tenggaroh Selatan 01
1.6. Persatuan Belia FELDA Tenggaroh Timur 01
1.7. Persatuan Belia FELDA Bukit Waha
1.8. Persatuan Belia FELDA Bukit Ester
1.9. Persatuan Belia FELDA Ulu Tebrau
1.10. Persatuan Belia FELDA Adela

1. Pembentangan oleh Sdr. Marozan bin Hj. Ahmad,
Ahli Jawatankuasa Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Selatan sesi 2005-2006

a. Pembentangan untuk semakan dilaksanakan dengan merujuk kepada satu demi satu fasal yang termaktub pada perlembagaan terdahulu secara sekali gus. Bacaan fasal lama, kemudiannya diikuti dengan pindaan / bacaan fasal yang baru.
b. Kesemua pindaan disokong dan diterima sebulat suara.
c. Pindaan keseluruhan. (rujuk lampiran perlembagaan).


MINIT MESYUARAT AGONG (PEMILIHAN)

Tarikh : 05 Mei 2007
Masa : 11.10 pagi
Tempat : Dewan EPA Training Centre, Kota Tinggi, Johor.

Nota Khas :

1. Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Selatan, selepas ini disebut sebagai MBFJS.

2. Ahli Jawatankuasa, selepas ini disebut sebagai AJK.

Turut Hadir :

1. Tn. Hj. Sulaiman Bin Dawam
Penyelaras Seranta (FELDA) – Jabatan Perdana Menteri
Negeri Johor

2. En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim
Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi.

Kehadiran Ahli Gabungan :

1. 32 / 42 buah persatuan (Ahli Gabungan)

2. 135 orang perwakilan

Ketidak Hadiran Ahli Gabungan :

10 buah persatuan (Ahli Gabungan)

1. UCAPAN DASAR

Saudara Shahbudin Hj. Dahlan
Pengerusi MBFJS 2005 / 2006

Beliau menyuarakan tentang harapan dan iltizam beliau terhadap kepimpinan dan halatuju MBFJS. Beliau juga menyentuh tentang pindaan perlembagaan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agong Luar Biasa sebentar tadi.

Antara isi ucapan dasar beliau ialah;

a. Memperkukuhkan permuafakatan dan kerjasama.
b. Memelihara kebajikan, memperjuang nasib dan membela masa depan generasi belia FELDA.
c. Generasi muda FELDA yang berkelulusan tinggi perlu dilibat dan diberi kepercayaan oleh FELDA.
d. Perkongsian pintar MBFJS dengan badan-badan bermenafaat.
e. Misi ke-3 dalam Teks Ucapan TPM (5 Misi 50b Tahun FELDA) berkaitan dengan pembangunan generasi baru FELDA.
f. Belia menjadi pelapis kepimpinan masa hadapan.
g. Resolusi jangan dibiar menjadi retorik.
h. Akta Belia Negara.
i. Keperluan MBFJS memenuhi kehendak akar umbi.
j. Pemilihan MT dan AJK MBFJS yang baru.


2. UCAPAN PERASMIAN

En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim
Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi

Beliau mengucapkan terima kasih dan syukur kerana MBFJS berjaya melaksanakan tanggung jawab dan amanah untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Beliau menasihatkan agar pemilihan yang dilaksanakan akan berjalan secara demokrasi yang tinggi martabatnya; terpimpin, teratur, daam keadaan bersedia, tanpa perselisihan yang nyata dan para perwakilan memilih barisan kepimpinan yang benar-benar mampu meletakkan Belia FELDA ke tahap yang dihajati.

Beliau juga menyentuh tentang pencapaian dan kejayaan Persatuan Belia FELDA dalam kawasan daerah Kota Tinggi, dalam Wilayah FELDA Johor Bahru di Negeri Johor yang telah berjaya mengharumkan nama organisasi belia dan Belia FELDA iaitu FELDA Sungai Sayong, FELDA Bukit Besar dan FELDA Simpang Waha.

Aspek kesatuan hati, keikhlasan, kejujuran dan kerjasama ditekan sebagai perkara penting yang perlu dijana dan dihidupkan oleh MBFJS agar mampu melaksanakan usaha ke arah mencapai misi dan visi MBFJS.

Akhirnya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung MBFJS 2007.


3. MESYUARAT AGONG DIMULAKAN

a. Pelantikan Pengerusi Sementara
Ahli Majlis sebulat suara bersetuju melantik En. Marozan Hj. Ahmad.

b. Pelantikan Setiausaha Sementara
Ahli Majlis sebulat suara bersetuju melantik En. Manndzri Hj. Nasib.

c. Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agong Yang Lalu
Dibentang oleh : En. Muszaide Makmor
Dicadang untuk pengesahan oleh :
Disokong oleh :

d. Pembentangan & Pengesahan Penyata Tahun 2004 / 05
Dibentang oleh : En. Muszaide Makmor
Dicadang untuk pengesahan oleh :
Disokong oleh :

e. Pembentangan & Pengesahan Laporan Akitiviti 2005 / 06
Dibentang oleh : En. Muszaide Makmor
Dicadang untuk pengesahan oleh :
Disokong oleh :

f. Pembentangan & Pengesahan Laporan Kewangan 2005 / 06
Dibentang oleh : En. Norazman Alimi
Dicadang untuk pengesahan oleh :
Disokong oleh :

g. Pembubaran AJK sidang yang lalu

En. Shahbudin Hj. Dahlan membubarkan AJK MBFJS dengan rasminya.
4. PEMILIHAN AJK MBFJS SIDANG 2007-2008

a. Seorang Pengerusi

I. Cadangan 1 : En. Hafizan Hj. Hassan (FELDA Aping Barat)
o Dicadang oleh : En. R.Azmi Mohamad (FELDA Seneng)
o Disokong oleh : En. Abdul Razak Hj. Abu Bakar (FELDA Kledang)
o Undian : 54 undi

II. Cadangan 2 : En. Mohd. Nazir Hashim (FELDA Tunggal)
o Dicadang oleh : En. Tumiran Giman (FELDA Bukit Besar)
o Bantahan oleh : En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim
(Pegawai Belia & Sukan Kota Tinggi)
Perkara bantahan : Isu pengesahan status persatuan di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor.

III. Cadangan 3 : En. Muszaide Makmor (FELDA Lok Heng Barat)
o Dicadang oleh : En. Zani @ Zaini Hj. Ismail
(FELDA Simpang Waha)
o Disokong oleh : En. Mohamad Fairus Yusof (FELDA
Sungai Sayong)
o Undian : 59 undi

IV. Cadangan 4 : Cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Disokong oleh : En. Abdul Halim Jalil (FELDA
Pengeli Timur)

Keputusan : En. Muszaide Makmor dipilih sebagai Pengerusi.

b. Seorang Naib Pengerusi

I. Cadangan 1 : En. Hafizan Hj. Hassan (FELDA Aping Barat)
o Dicadang oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Disokong oleh : En. Shahril Buang (FELDA Tenggaroh 1)
o Undian : 34 undi

II. Cadangan 2 : En. Marozan Hj. Ahmad (FELDA Sg. Sayong)
o Dicadang oleh : En. Tumiran Giman (FELDA Bukit Besar)
o Disokong oleh : En. Nor Eaffendi Mohamad Samsi
(FELDA Sg. Tiram)
o Undian : 61 undi

III. Cadangan 3 : Cadangan ditutup.
a. Dicadang oleh : En. Abdul Halim Jalil (FELDA
Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Mohd. Rizal Kolah (FELDA Inas
Utara)

Keputusan : En. Marozan Hj. Ahmad dipilih sebagai Naib Pengerusi.

c. Seorang Setiausaha Kehormat

I. Cadangan 1 : En. Manndzri Hj. Nasib (FELDA Pengeli Timur)
o Dicadang oleh : En. Muszaide Makmor (FELDA Lok
Heng Barat)
o Disokong oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli
Timur)

II. Cadangan 2 : Cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Disokong oleh : En. Ishak Hj. Ismail (FELDA Air Tawar 3)

III. Cadangan 3 : Bantahan cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En. Tuah Jaafar (FELDA Semenchu)
o Disokong oleh : Tiada sokongan

Keputusan : En. Manndzri Hj. Nasib dipilih sebagai Setiausaha Kehormat.

d. Seorang Penolong Setiausaha Kehormat

I. Cadangan 1 : En. Ishak Hj. Ismail (FELDA Air Tawar 3)
o Dicadang oleh : En. Zani @ Zaini Hj. Ismail (FELDA Simpang Waha)
o Disokong oleh : En. Manndzri Hj. Nasib (FELDA PengeliTimur)

IV. Cadangan 2 : Cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En. Shahbudin Hj. Dahlan (FELDA
Semenchu)
o Disokong oleh : Sokongan sebulat suara

Keputusan : En. Ishak Ismail dipilih sebagai Penolong Setiausaha Kehormat.

e. Seorang Bendahari Kehormat

I. Cadangan 1 : En. Norazman Alimi (FELDA Air Tawar 5)
o Dicadang oleh : En. Muszaide Makmor (FELDA Lok
Heng Barat)
o Disokong oleh : En. Nasaruddin Ahmad (FELDA Linggiu)
o Undian : 08 undi

II. Cadangan 2 : En. Zabidi Abas (FELDA Bukit Besar)
o Dicadang oleh : En. Norfaeszil Yusof (FELDA Pasir Raja)
o Disokong oleh : Pn. Rohana Rahmat (FELDA Bkt Besar)
o Undian : 55 undi

III. Cadangan 3 : En. Hafizan Hj. Hassan (FELDA Aping Barat)
o Dicadang oleh : En. Tuah Jaafar (FELDA Semenchu)
o Disokong oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Undian : 33 undi

IV. Cadangan 4 : Cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Disokong oleh : En.Amran Hj.Ismail (FELDA Air Tawar 1)

Keputusan : En. Zabidi Abas dipilih sebagai Bendahari Kehormat.

f. Tujuh orang Ahli Jawatankuasa

I. Cadangan 1 : En. Hafizan Hj. Hassan (FELDA Aping Barat)
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Nor Eaffendi Mohamad Samsi
(FELDA Sg. Tiram)
o Undian : 62 undi

II. Cadangan 2 : En. Abdul Halim Jalil (FELDA Pengeli Timur)
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Mohd. Hanafi Fauzi (FELDA Air
Tawar 5)
o Undian : 36 undi

III. Cadangan 3 : En. Amran Hj. Ismail (FELDA Air Tawar )
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Mohd Hanafi Fauzi (FELDA Air
Tawar 1)
o Undian : 73 undi

IV. Cadangan 4 : En. R.Azmi Mohamad (FELDA Seneng)
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Mohd Amin Hamidon (FELDA
Tunggal)
o Undian : 44 undi

V. Cadangan 5 : En. Abdul Razak Abu Bakar (FELDA Kledang)
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Adzhan Yusuf (FELDA Papan Timur)
o Undian : 47 undi

VI. Cadangan 6 : En. Mohd. Ali Mohd. Noh (FELDA Endau)
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (FELDA Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En.Amran Hj.Ismail (FELDA Air Tawar 1)
o Undian : 53 undi

VII. Cadangan 7 : En. Azmee Khan Anzli (FELDA Air Tawar 5)
o Dicadang oleh : En. Shahrudin Selamat (Pengeli Timur)
o Disokong oleh : En. Mohd. Zaki Abd. Mutalib (FELDA Air
Tawar 1)
o Undian : 40 undi
VIII. Cadangan 8 : En. Norazman Alimi (FELDA Air Tawar 5)
o Dicadang oleh : En. Muszaide Makmor (FELDA Lok Heng
Barat)
o Disokong oleh : En. Ishak Hj. Ismail (FELDA Air Tawar 3)
o Undian : 44 undi

IX. Cadangan 9 : En. Norfaeszil Yusof (FELDA Pasir Raja)
o Dicadang oleh : En. Umar Ali (FELDA Pasir Raja)
o Disokong oleh : En. Tumiran Giman (FELDA Bukit Besar)
o Undian : 19 undi

X. Cadangan 10 : En. Zani @ Zaini Hj. Ismail (FELDA Spg. Waha)
o Dicadang oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Disokong oleh : En. Ishak Hj. Ismail (FELDA Air Tawar 3)
o Undian : 59 undi

XI. Cadangan 11 : Pn. Fuziah Selong (FELDA Bukit Besar)
o Dicadang oleh : Pn. Rohana Rahmat (FELDA Bkt Besar)
o Disokong oleh : Pn. Azizah Abu Bakar (FELDA Simpang
Waha)
o Undian : 65 undi

XII. Cadangan 12 : En. Shahbudin Hj. Dahlan (FELDA Aping Barat)
o Dicadang oleh : En. Mohd. Nizam Ali (FELDA Sg. Mas)
o Disokong oleh : En. Manndzri Hj. Nasib (FELDA Pengeli Timur)
o Undian : 31 undi

XIII. Cadangan 13 : Cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En.Hisyam Wagiman (FELDA Bkt Besar)
o Disokong oleh : Sokongan sebulat suara

Kiraan semula perlu dibuat untuk AJK ke-7 kerana calon mendapat undi yang sama. Keputusan undian semula;

En. R.Azmi Mohamad (FELDA Seneng) 28 undi
En. Norazman Alimi (FELDA Air Tawar 5) 52 undi

Keputusan :

En. Amran Hj. Ismail
En. Hafizan Hj. Hassan
En. Mohd. Ali Mohd. Noh
Pn. Fuziah Selong
En. Zani @ Zaini Hj. Ismail
En. Abdul Razak Hj. Abu Bakar
En. Norazman Alimi

dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa.

g. 2 orang Pemeriksa Kira-Kira

I. Cadangan 1 : En.Mohd Nizam Mohd Ajis (FELDA Air Tawar 2)
o Dicadang oleh : En. Tumiran Giman (FELDA Bkt Besar)
o Disokong oleh : En. Zani @ Zaini Hj. Ismail (FELDA
Simpang Waha)

II. Cadangan 2 : En. Noorsham Abu Bakar (FELDA Aping Timur)
o Dicadang oleh : En. Ishak Hj. Ismail (FELDA Air Tawar 3)
o Bantahan oleh : En. Muszaide Makmor (FELDA Lok Heng
Barat)

III. Cadangan 3 : Cadangan ditutup.
o Dicadang oleh : En. Sharudin Selamat (Pengeli Timur)
o Disokong oleh : Sokongan sebulat suara

Sokongan sebulat suara.

h. Pelantikan 2 orang Pemegang Amanah

Ahli Majlis sebulat suara bersetuju melantik Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi dan Pegawai Daerah Kota Tinggi sebagai Pemegang Amanah.

5. USUL & CADANGAN

En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim
Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi

Beliau mengucapkan terima kasih dan syukur kerana MBFJS berjaya melaksanakan tanggung jawab dan amanah untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Beliau menasihatkan agar pemilihan yang dilaksanakan akan berjalan secara demokrasi yang tinggi martabatnya; terpimpin, teratur, daam keadaan bersedia, tanpa perselisihan yang nyata dan para perwakilan memilih barisan kepimpinan yang benar-benar mampu meletakkan Belia FELDA ke tahap yang dihajati.

6. UCAPAN PENANGGUHAN

En. Samsuddzukha bin Hj. Hashim
Pegawai Belia & Sukan Daerah Kota Tinggi

Beliau mengucapkan terima kasih dan syukur kerana MBFJS berjaya melaksanakan tanggung jawab dan amanah untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Beliau menasihatkan agar pemilihan yang dilaksanakan akan berjalan secara demokrasi yang tinggi martabatnya; terpimpin, teratur, daam keadaan bersedia, tanpa perselisihan yang nyata dan para perwakilan memilih barisan kepimpinan yang benar-benar mampu meletakkan Belia FELDA ke tahap yang dihajati.


Mesyuarat Agong ditangguhkan pada jam 02.10 petang.


Disediakan oleh : Disahkan oleh :



………………………………… ………………………………
(MANNDZRI BIN HJ. NASIB) (MUSZAIDE BIN MAKMOR)
Setiausaha Kehormat MBFJS Pengerusi MBFJS

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA (ABFM) 2007

Tanggal 10 Disember 2007, hari Isnin yang lalu, merupakan detik yang begitu hebat, menguja dan memberangsangkan bagi kami para belia daripada 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara. Majlis perasmian penutupan Konvensyen dan Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2007 di PICC, Putrajaya bertemakan ’Mengangkasa Minda Meneroka Era Baru’ yang disempurnakan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri kita, bukanlah omong kosong, tetapi sarat dengan agenda bertindak, harapan jelas dan dorongan berarah yang tuntas. Biar saya sebutkan satu persatu:

1. Bermula dari 9 Disember 2007 (Ahad), kami para pemimpin belia FELDA yang berjumlah lebih 1200 orang (Jumlah ini sebenarnya mewakili 583,000 orang generasi ke dua FELDA yang berusia antara 15 hingga 40 tahun) telah diberi input ilmu tentang; Pemerkasaan Tamadun Bangsa Yang Bermaruah oleh Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan. Kertas kerja ini menghala pemikiran kami kepada tanggungjawab dan cabaran yang perlu dihadapi, selain memberitahu betapa kemantapan akliah dan rohaniah hendaklah selalu digandingkan, dalam membuat keputusan untuk masa depan masyarakat kami (FELDA) dan negara.

2. Selepas itu, perihal kepentingan pendidikan dalam membangun bangsa berjaya, ditekankan kepada kami dengan kertas pembentangan bertajuk; Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP): Strategi Ke Arah Melahirkan Generasi Belia Berkualiti, dibentang dan disampaikan sendiri oleh orang yang bertanggungjawab tentang pendidikan negara iaitu YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.


3. Kemudian, YB. Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia & Sukan kita, menyampaikan pula peranan kerajaan dalam pembangunan belia di negara kita dengan menyentuh aspek-aspek khusus belia di tanah rancangan FELDA semasa membentangkan kertas kerjanya.

4. Sebelum menutup tirai 9 Disember 2007, ABFM 2007 membentuk forum perbincangan untuk membentuk resolusi yang akan diserah kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri. Platform ini melibatkan 80 orang pemimpin terpilih dari 11 FELDA Wilayah seluruh Malaysia, yang mewakili Majlis Belia FELDA Wilayah masing-masing dan diketuai oleh sekretariat Majlis Belia FELDA Malaysia. Ruang perbincangan diguna sebaik mungkin untuk mencari makna kepada ketamadunan bangsa, kepentingan pendidikan, perjuangan belia dan pembangunan ekonomi masyarakat belia di FELDA.

5. 10 Disember 2007 (Isnin) sebelum majlis perasmian penutupan, kami disuakan secara rasmi kepada idola agung masyarakat kita kini, Dr. Syeikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara.

6. Kemuncak bagi ABFM 2007 ini sudah semestinya pengiktirafan kerajaan kepada para aktivis, pemimpin, individu dan persatuan belia FELDA yang telah mencurah bakti dan kesukarelaan dalam membangun dan meningkatkan martabat belia dan masyarakat FELDA di tanah-tanah rancangan. Program yang direstu oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri kita sebagai acara tahunan ini, saya yakin akan merangsang kesungguhan dan semangat belia FELDA untuk terus menggerak belia FELDA Malaysia.

7. Dalam detik ini juga, memorandum yang telah ditandatangani oleh 2800 orang peserta dan tamu jemputan ABFM 2007, yang mengutuk demonstrasi jalanan (sebagaimana yang telah dibuat oleh NGO seperti HINDRAF, BERSIH, Majlis Peguam dan lainnya) dan menyokong kesatuan serta membela keamanan negara diserah oleh Pengerusi Bersama ABFM 2007, Tn. Hj. Ahmad Hj. Maslan yang juga Pengarah Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri.

8. Akhirnya, dalam ucapan yang penuh semangat dan sarat harapan, YAB. Timbalan Perdana Menteri kita membuat pengumuman khas berkaitan belia FELDA. Pengumuman yang menggaris hala tuju dan mengarah agenda bertindak ini, melibatkan peruntukan berjumlah melebihi RM 70 juta. Hal ini termasuklah bantuan bernilai RM 1,000.00 kepada setiap 317 persatuan belia FELDA seluruh negara bermula tahun 2008 untuk pengurusan dan pentadbiran.

Itulah serba ringkas perkara yang telah kami, para pemimpin belia FELDA lalui dalam dua (2) hari pengisian padat Konvensyen dan Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2007. Pengisian padat ini jelas menunjukkan kesungguhan pemimpin kita dan kerajaan untuk melihat; di mana dan ke manakah belia FELDA untuk tempoh-tempoh mendatang.

Rasanya, usaha sebegini tidak akan mampu digerakkan oleh golongan yang hanya ingin meraih kepentingan politik semasa, menangguk di air keruh dan membawa huru hara semata ke kawasan tanah rancangan FELDA kita. Mereka hanya hadir sekarang, ketika ibu bapa kami telah senang. Mereka tidak datang 20 tahun lalu, ketika ibu bapa kami berhempas pulas dengan hanya pendapatan RM 2.70 sebulan. Kita warga belia dan generasi baru FELDA Malaysia celik dan tidak buta tentang ini.

ABFM 2007 adalah yang kedua kalinya dibuat oleh kerajaan secara istiqomah dan serius. Pada pendapat saya, tiada ruang umpan politik yang mahu diraih atau populariti sebahagian pihak yang ingin didapatkan. Yang jelas, ABFM 2007 adalah usaha murni, ikhlas dan kewajaran yang perlu dilaksanakan, dalam iklim dan cabaran belia, terutamanya belia FELDA pada masa ini.

Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga,
Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.

Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.

Sebagai sebahagian dari peserta Konvensyan & Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2007, rasanya jika mampu, ingin saya mewakili seluruh warga belia FELDA seluruh negara, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kerajaan di bawah keprihatinan YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri kita, selaku menteri yang bertanggungjawab tentang FELDA, yang sentiasa memberi tumpuan kepada kami. Kami tidak tahu bagaimana ingin membalas semua ini melainkan tetap utuh, yakin dan terus bersama kerajaan dan FELDA. Input yang diberi dan agenda bertindak yang telah digariskan akan kami cuba patuhi. Harapan dan iltizam kerajaan akan tetap kami sanjung dan dokongi. Semoga maksud dan makna disebalik tema ’Mengangkasa Minda Meneroka Era Baru’ dapat kami fahami dan manfaati. Terima kasih kerana menghargai kami.

Oleh :
MANNDZRI BIN HJ. NASIB (800803 – 01 – 5579)
Setiausaha Kehormat,
Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Selatan (MBFJS).
No. Tel : 019 7710418
E-mail : manndzri@yahoo.com